Kerana insiden itu... segala-galanya menjadi suram. Bibir yg berukir senyuman ghaib sama sekali. Hatiku sebak...Apakah terlalu besar kesilapan yg aku lakukan? persoalan yg masih bermain dalam benak fikiranku. Kalau pun ingin menegur, biarlah bahasanya indah sedikit.
Di dalam kamar, aku menangis semahunya, tiada siapa yg tampil utk memujuk, dia berdiri atas egonya sebagai suami. Begitu banyak perkara yg aku rintihkan, aku tidak merasa seperti isteri-isteri yg sebaya denganku. Walaupun usia perkahwinan kami masih terlalu awal tetapi aku dilayan seperti sudah lebih 10 tahun mahligai kami terbina.
24 Nov 2011
Hatiku berbunga-bunga kerana tidak sabar utk menempuhi detik itu, usiaku akan genap 25 tahun sebentar lagi. pejam celik pejam celik sahaja sudah berusia kiranya. Dia telah pun berbaring utk melelapkan mata... letih sungguh agaknya, tetapi aku tetap bersuara, mengingatkan tentang detik itu semakin hampir, disambut acuh tak acuh sahaja. Lena dalam kecewa.
Keesokkan paginya, rutin berlangsung seperti biasa, aku lalui tanpa sebarang kejutan. tiada kucupan di dahi, tiada ucapan yg menerjah cuping telingaku seperti yg aku harapkan, apatah lagi bungkusan beriben yg mungkin akan membuatkan hatiku terbang tinggi.
Aku kepingin merasa perasaan dihargai, cukup bagiku sekadar perbuatan, tidak perlu hadiah yg beratus-ratus nilainya. Entahkan bila saat itu akan bertaut dalam hidupku ini.
Monday, November 28, 2011
Tuesday, October 11, 2011
u're natural beauty...
hahaha..kalau dikenang-kenang memang ketawa sakan la dibuatnya... Kata itu masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. semua itu hanya kenangan lama... xmungkin akan disingkap kembali kerana diriku kini telah dimiliki oleh seorang lelaki yg bergelar suami. Perkahwinan adalah sesuatu yg subjektif... susah untuk mendapat jawapan yg pasti.
Subscribe to:
Comments (Atom)